Tuesday, 17 May 2011

'Asobiyyah dan Zulm

Terbaca satu artikel di link ini.

Lalu ingat nak kongsi hadis ini di status Facebook supaya kita sama-sama boleh hafal dan amal.
Tapi, panjang pulak, ajadi, lang-alang, kongsi je lah di sini. =)

قال: انصر أخاك ظالماً أو مظلوماً
قيل: يا رسول الله، أنصره مظلوماً، فكيف أنصره ظالماً؟
قال: تحجزه أو تمنعه عن ظلمه فإن ذلك نصره

Bantulah saudara kamu, sama ada dia zalim atau dizalimi.
Wahai Rasulullah, aku pasti membantu saudaraku yang dizalimi, tetapi bagaimana aku mahu membantu orang yang zalim?
Halangi dia dari melakukan kezaliman, maka itulah bantuan kepadanya.

Be siding with your brother, be he the misuser/ unjust/oppressor, or the oppressed.
O Messenger of Allah, surely I will be support him him if he is oppressed, but how could I back him when he is the one who misuses/oppresses?
Prevent him from misusing/oppressing/ being unjust means be siding with him.


يا رسول الله أمن العصبية أن يحب الرجل قومه
قال: لا ولكن من العصبية أن يعين الرجل قومه على الظلم

Wahai Rasulullah, apakah dianggap ‘Asobiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya?
Tidak, akan tetapi dianggap 'Asobiyyah itu apabila seseorang menolong kaumnya dalam kezaliman!"

O Messenger of Allah, is it considered as fanaticism if someone love their nation?
No, but it is fanaticism when someone helps his nation in oppression/misuse.

Tengok situasi di Malaysia.
Kalau Melayu buat salah, kita tetap sokong, zalim dan 'asobiyyah.
Terus terbayang ISMA sokong UMNO? Atau UMNO sokong UMNO? LOL.
Korang ni.
Kalau PAS buat salah, kita tetap sokong, zalim dan 'assobiyah juga.

PAS tegur UMNO, sebab UMNO zalim.
ISMA tegur PAS, sebab PAS zalim. Kan?
Takde orang tegur ISMA, sebab ISMA adil?
Ke sebab orang tak kisah (tak anggap sedara) dengan ISMA sebab tu takde orang tegur? =)


OK lah, cukup contoh yang pelik di atas.

Kita tegur orang, sebab dia zalim.
Orang tegur kita, sebab kita zalim.
Kalau orang tak tegur kita, sebab kita memang tak zalim?
Atau kita zalim sezalim-zalimnya, tapi takde orang anggap kita sedara dia, atau bahasa lagi mudah, dah tak sayang kita?
Atau diorang sayang kita, tapi sebab tersangat-sangat sayang sangatlah dia tak tegur, macam kisah Nabi Musa dalam awal Juzu' 16?

Dalam bisnes,
Sayanglah nak tegur, nanti projek lari.

Dengan kawan,
Sayanglah nak tegur, nanti putus kawan.

Berterima kasihlah kepada orang yang menegur kita.

p.s.
1.Sorry for the lack of better words.
2.Malay translation is so simple, we don't even have to know the true meaning of zalim and 'asobiyyah.
3.I can't find 'asobiyyah in Kamus Dewan, so i come out with my own spelling.
4.It is ironic to know that 'asobiyyah does not even appear in Kamus Dewan, when the word has been used amongst Malay/Malaysian for ages and the discussions on this topic are still hotly debated. Only taasub does appear in Kamus Dewan. Aha, maybe the failure to reach an agreement about the true definition of 'asobiyyah is the main factor.
5.If there is any mistake in the translation or in the postscript note, then you are more than welcome to correct it/them. =)

Aiseh, lupa nak terjemah Indonesia pulak. Next time insya-Allah. =)

0 Comments:

Post a Comment